Tuesday, June 23, 2009

Sesi mengulangkaji matapelajaran Bahasa Malaysia. Dari Jia.


Tugasan tag kali ini datangnya daripada Puan Aziha. Seorang teman baru saya melalui teknologi canggih yang dikenali sebagai internet ini.

Saya telah diamanahkan untuk menjawab tugasan tag ini dengan menggunakan bahasa ibunda kite, iaitu Bahasa Malaysia yang tercinta. Disebabkan peraturan untuk menjawab tag ini ialah menjawab dengan Bahasa Malaysia, maka secara tidak langsung saya juga turut menjalani sesi ulangkaji matapelajaran Bahasa Malaysia. heehee


Selamat menjawab soalan dalam Bahasa Malaysia!

TAG 1
  1. Bekas kekasih saya adalah : Merupakan seorang anak sulung.
  2. Saya sedang mendengar : Bunyi ayam berkokok.
  3. Mungkin saya patut: Betulkan kembali aturan masa tidur saya.
  4. Saya suka : Menjerit. MAK selalu berkata "tak manis anak dara menjerit-jerit"
  5. Sahabat-sahabat baik saya : Semua sayangkan saya. Kerana saya sayangkan mereka.
  6. Saya tak paham : Kenapa cinta memberi saya merasai kesakitan. Padahal cinta itu adalah indah.
  7. Saya kehilangan : Kata-kata jika berdepan dengan seseorang yang pendiam. Haha!
  8. Ramai yang berkata : Saya sudah gemuk!! Cesss!!
  9. Makna nama saya : Seorang yang cantik agaknya. Haha! Perasan!
  10. Cinta itu adalah : Tidak menentu. Kadang kala membuat saya bahagia seperti di awang-awangan. Kadang kala menyakitkan.
  11. Di suatu tempat, seseorang sedang : Tidur.
  12. Saya akan cuba : Untuk tidak menyentuh nasi esok. Saya mesti memulakan kembali program diet sebelum semester baru akan bermula.
  13. Ayat SELAMANYA membawa maksud : Sehingga nafas yang terakhir.
  14. Telefon bimbit saya : Senyap sahaja hari ini.
  15. Bila saya terjaga dari tidur : Perkara pertama yang akan saya lakukan ialah mencari telefon bimbit.
  16. Saya paling meluat apabila : Orang memandang sinis terhadap saya.
  17. Pesta/Parti adalah : Menggembirakan.
  18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : Saya tidak mempunyai idea kerana saya tidak suka haiwan. Maaf.
  19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : Zaman anak kecil saya. Kerana tidak ada masalah yang merunsingkan kepala.
  20. Hari ini : Sangat panas.
  21. Malam ini saya akan : Tidur.
  22. Esok pula saya akan : Tidur. Sehingga tengahari. Haha.
  23. Saya betul-betul inginkan : Kedamaian jiwa kerana jiwa saya kacau sejak kebelakangan ini.
  24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini : Saya tidak lihat muka saya pada waktu pagi kerana saya bangun paling awal pukul12 tengahari.
  25. Pusat membeli-belah atau arked permainan : Pusat membeli-belah. Suka!!
  26. Makanan Barat atau Jepun : Makanan Barat.
  27. Bilik yang terang atau gelap: Gelap.
  28. Makanan segera adalah : Makanan yang dimasak secara segera. Haha.
  29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? I love you.

TAG2
  1. Apakah perasaan anda sekarang? Runsing.
  2. Saya nak makan? Laksa. Tadi seseorang memberitahu bahawa dia membeli sebungkus laksa di pasar malam. Sedap!
  3. Saya tak suka? Bangun pagi. Haha.
  4. Impian saya? Menjadi anak yang baik dan mampu membuat MAK dan ABAH gembira sepanjang hayat mereka.
  5. Haiwan yang saya tak suka? Kesemua jenis haiwan.
  6. Saya harapkan? Hujan akan turun pada malam ini.
  7. Jika boleh putarkan masa? Saya nak betulkan apa-apa kesalahan yang telah saya lakukan.
  8. Saya pada 10 tahun akan datang? Sudah mempunyai sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang suami dan 3 orang anak.
  9. Handphone saya adalah sebuah? Barang yang sangat penting dan wajib ada di sisi saya.
  10. Saya pernah bercinta sebanyak? Sekali. Cinta monyet? Sekali juga.
  11. Kawan-kawan saya? Terdiri daripada pelbagai bangsa.
  12. Pernah dikhianati? Selalu.
  13. Apa yang hendak anda lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda? Saya hanya berserah kepada Allah S.W.T.
  14. Siapa yang anda nak Tag? Dzul Nyet, Sopiah, Hany Bany, Lean, Hazali, Dya (Walaupun Jia sudah menge"tag" beliau) dan Hana Fedora.

6 comments:

ZaliHazali on June 23, 2009 at 5:19 PM said...

diri ini ditag...
adoiii, jom jawab..

Hani Othman on June 23, 2009 at 5:53 PM said...

waa.....nyesal aku masuk page ko...tak pepasal kena tag

Cik Zizee on June 23, 2009 at 9:48 PM said...

hazali...
jawab jgn tak jawab..

Cik Zizee on June 23, 2009 at 9:51 PM said...

jahat hany bany..cam tak ikhlas jer tgk blog aku taui...hehe

bagus...jawab tag aku yg dah berlambak aku kasi kat kau...haha

Pya on June 24, 2009 at 5:14 PM said...

ngape sume org tak suke jwb tag?? takpe zie, aku sukee jwb tag.. meh ak jawab meh.. kehkeh...

Cik Zizee on June 24, 2009 at 7:06 PM said...

aku suke jawab tag tau sopia...
jawab jgn tak jawab...hehee

 

my.life.my.indulgence Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice